Wednesday, March 14, 2012


Maklin, Afina and Amila









Bas kami berhenti betul betul di depan Hotel Massa, namun  Qasr Al-Qamar adalah hotel yang menjadi tempat penginapan kami untuk sepanjang tempoh berada di Makkah..teringat kata Ustaz Rosli masa kursus umrah di Masjid Asyakirin pada 28 Februari 2012, hotel ni bukan hotel lima bintang, tapi MasyaAllah lokasi nya 7 bintang.. naam, memang betul... beruntung dapat duduk di Qasr Al Qamar.  Alhamdulillah, lokasi hotel kami  antara paling dekat jaraknya dengan MasjidilHaram,  berhampiran dengan istana,  hampir juga dengan  lokasi utama laluan  dan kawasan menunggu  bagi kereta jenazah di luar Masjid.  SubhanAllah.  Bilik kami di tingkat 4 yang  selesa untuk 4 orang, tandas juga bersih..ada 3 lif yang agak retro lagi   berjasa dan menggembirakan semua para Jemaah di sini... :)

Memperkenal kan Ustaz Mashkur, beliau adalah Mutawwif kami di Makkah.
Kalau ikut jadual Mutawwif, selesai check in dan selesai sahaja solat As'r, para jemaah patut berkumpul di lobi untuk melaksanakan ibadah umrah bersama secara berkumpulan.  Emak dan abah bersetuju menyempurnakan umrah selepas solat maghrib kerana kepenatan sepanjang perjalanan. Selesai As'r di bilik,  kami  berenam dah sepakat  untuk menyempurnakan ibadah umrah kami sendiri. Abangngah yang bawa. Syukran ya Sheikh Haji Borhan Selamat :) Melihat, abangngah, kakngah dan maklang,  derap kaki mereka yakin sekali menuju ke Masjidil Haram,  mereka pernah ke sini, pasti mereka lebih teruja dan merindui Kaabah. Ini wajib umrah bagi ana, Mil dan Fin, ini yang bermain difikiran.. buat yang terbaik itu perlu, segala atas redha Allah jua. Perasaan ana sepanjang perjalanan ke Masjidil Haram, dengan buku doa di dalam genggaman, segala tumpuan bermula di perkarangan masjid, melangkah kaki kanan memasuki pintu utama King Abdul Aziz. Pertama kali menyaksikan Kaabah di depan mata dan berdoa, Ini bukan mimpi lagi. Kenyataan. Alhamdulillah.



No comments: