Wednesday, March 14, 2012

Dari celah celah bangunan, sudah kelihatan jam besar dan tertinggi di dunia, yang terletak di bangunan Makkah Clock Tower Hotel dan ini bermakna kami menghampiri Masjidil Haram.  





Beginning of Haram Boundary

Menghampiri Tanah Haram Makkah,  Mutawwif mengingatkan  kami, para Jemaah  agar membaca doa memasuki tanah haram. Doa yang dibaca dan diaminkan bersama. Sedikit info,  Tanah Haram bukan di Makkah sahaja tapi di Madinah juga dipanggil Tanah Haram. Orang Kafir Haram menjejaki kawasan Madinah dan Makkah. Orang kafir hanya boleh sampai di Luar sempadan sahaja dan U Turn. , jadi di Madinah dan Makkah kita bebas  bagi salam pada sesiapa pun. Suasana Makkah berlainan dari Madinah. Di sini sedikit hiruk pikuk.. jalan rayanya, especially.. Rupanya orang arab ni suka benar guna hon kereta... nampak orang melintas jalan sebatu lagi pun, dah bunyi hon..torkojut den.. ya habibi ya maulana , gosok gigi dengan spana ----> ini ayat Afina yang ajar maklin :)
Perempuan berjubah hitam ini adalah peminta sedekah, mengetuk setiap cermin kereta yang berhenti di traffic light dan meminta wang dari pemandu.  Pemandangan yang agak luar biasa.


No comments: