Saturday, February 25, 2012

Alhamdulillah, hotel kami  menginap di sini sangat dekat dengan Masjid, i think about 50-60m, mudah sungguh untuk ulang alik. Sampai bilik, susun beg, berjalan perlahan terusi ke tingkap, selak langsir, memang nampak Masjid Nabawi yang bercahaya..Allah, masih seperti tak percaya berada di sini, memang tersangatlah dekat dengan Rasulullah SAW, kerana itu lah lidah perlu basah berzikir dan bersalawat ke atas baginda, keluarga dan para sahabat. Makam baginda berada di dalam masjid Nabawi inilah, memang terasa hampir benar. Perasaan, AllahuAkbar, sukar untuk diterjemahkan, akhirnya Allah SWT izinkan hambanya ini berada di sini , berdiri , berjalan, berlari, solat berjemaah, berkata kata, ketawa, tersenyum, minum air zam zam ,bertemu dengan saudara islam yang datang dari seluruh negara, dari ceruk kota dan rantau, di sinilah pertemuan penting ini bakal bermula, di kota Madinah yang aman dan sentosa.Indahnya perasaan..even masa menaip ni pun, terasa berada di sana, hati sangat sebak dan wahai air mata...bergenang , Rindu.





No comments: