Sunday, February 26, 2012

Air Zam - Zam tiada di Madinah, tau.. Ia di bawa dari Mekah dengan lori tangki dan disalurkan ke tangki yang berada di dalam Masjid Nabawi. Selain tu terdapat cawan plastik putih pakai buang untuk kemudahan Jemaah. Mengikut kata Mutawif, air zam zam adalah satu sumber mustajab doa. Cara meminumnya adalah mengadap Kiblat, baca Bismillah dan doanya adalah Ya Allah, aku memohon kepadamu Ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan disembuh dari segala penyakit, wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang. Dalam masjid tempat solat perempuan, sepanjang jalan masuk memang ada sahaja tong tong air zam zam tersedia.  MasyaAllah, Allah Maha mengetahui akan kehendak makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah.




No comments: