Raudhah. Malam terakhir berada di Madinah, sempat ke Raudhah sekali lagi dengan angah. Selesai jer packed semua , atur beg depan pintu, terus ambil wudu' dan bergerak ke Raudhah. .in between 11-12pm. Memang ramai, tapi kena sabar tunggu, buat solat sunat hajat dulu, semoga dipermudahkan masuk Raudhah. Alhamdulillah, memang Allah SWT beri, jika kita minta padaNya. Kelebihan solat di Raudhah adalah tempat mustajab doa. Ia merupakan salah satu dari Taman taman syurga, seperti hadith Nabi, " Satu tempat di antara mimbarku dan rumahku adalah merupakan salah satu Taman dari taman Syurga". Raudhah ni memang terletak di kawasan lelaki di dalam Masjid Nabawi, yakni di perlihatkan dengan perbezaan warna karpet merah dan hijau. Karpet hijau itulah kawasan Raudhah. Ada waktu waktu yang tertentu saja yang dibuka untuk orang perempuan, kalau tak silap pada pukul 8 pagi - zuh'r, 2petang hingga 3 petang dan immediately after Isya' hingga pukul 12 malam. Waktu waktu lain, laluan ditutup untuk ke Raudhah untuk orang perempuan. Orang lelaki boleh pergi at any time :). Cuma keadaan selalunya memang sesak bila di Raudhah. sangat ramai orang, kena hadapi dengan sabar dan tabah, tiada gunanya jika niat beribadah tapi kita berebut rebut tolak orang dan bermasam muka semata mata nak beribadat di Raudhah, di mana kasih sayang pengikat silaturahim, bimbang Allah SWT murka dan tak terima ibadah kita. Nauzubillah. Bismillah. AllahuAkbar. Wallah.ualam
Binaan dalam Masjid Nabawi sangat cantik, SubhanaAllah. Di kawasan solat lelaki, ada makam Rasulullah S.A.W dan 2 orang sahabat baginda, Abu Bakar As Sidiq dan Umar Al Khattab, asalnya makam ini terletak dalam rumah baginda tapi disebabkan beberapa kali perluasan masjid sehingga, termasuklah rumah baginda dalam Masjid ini. Bukan asalnya baginda dimakamkan di dalam masjid. Baginda Rasulullah melarang kuburan di adikan Masjid dan sebaliknya. Kena baca betul betul sejarah Masjid Nabawi ni.
Inilah laluan di dataran yang menghala ke tempat solat muslimah di Masjid Nabawi. Orang lelaki memang tidak dibenarkan langsung masuk kawasan wanita. Ada pengawal wanita aka pegawai wanita berjubah serba hitam dan berniqap menjaga setiap pintu masuk. Mereka akan check apa yang di dalam beg, beg kasut dan raba seluruh badan bagi memastikan tiada kamera atau talipon tangan di bawa masuk ke dalam masjid ini. Perkataan favourite mereka adalah " Hajjah, hajjah..toriq toriq.." . Pada hari pertama dan kedua di Madinah, ana tak berani nak bawa handphone, sebab risau kalau kena tahan, langsung tak dibenarkan masuk, sungguh tak berbaloi...sehinggalah solat Subuh terakhir di Madinah, ana memberanikan diri membawa handphone, just for the sake of taking photo inside the Masjid, dataran, persekitaran sebagai kenangan yang berharga untuk dibawa pulang. Cuma pastikan jangan ambil gambar yang terdedah aurat orang lain sudah, hmm mungkin ini juga salah satu sebab mengapa garispanduan ini dikuatkuasa bagi wanita berbanding lelaki. Wallahualam.