Friday, September 16, 2011

Hari Raya, borak apa?



Bila tiba hari raya, korang pun saling ziarah menziarahi antara satu sama lain, alhamdulillah.., inilah satu satunya amalan yang akan kekal sampai dalam shurga kerana bila dah masuk shurga kelak, (amin..) sudah tiada lagi ibadat seperti, solat, puasa, bayar zakat, pergi haji dan lain-lain ibadat, tapi semua ahli shurga akan buat satu ibadat khas iaitu ziarah antara satu sam...a lain kerana dalam shurga, Hari Raya Adalah Hari Hari!

Di shurga, ada hari ziarah shurga Nabi,ada hari ziarah shurga ibu bapa, ada hari ziarah shurga ustaz ulamak, ada hari ziarah shurga anak murid dan pada penghulu hari, iaitu hari jummaat di shurga, ahli shurga akan ziarah Allah SWT yang mana nikmat ziarah Allah, dan melihat wajah Allah adalah jauh lebih nikmat dari bersetubuh dengan semua bidadari.

Hentikan imiginasi korang, kerana sebelum kita bercerita tentang ziarah seronok dalam shurga, cuba tengok ziarah kita di dunia ni dulu, ada gaya ahli shurga tak?

(Masa untuk mengumpat)

Waktu ziarah, kita pakai baju bukak aurat, terbelah sana sini, ada yang pakai baju kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan Eyeliner glides on adding drama and definition to your TAHI LALAT with waterproof formula won’t smear, smudge or fade for up to 16 hours berjenama Revlon.

Lepas tu pulak rambut mengerbang macam puntianak Suhaimi Baba part one two.

Warna rambut pulak macam buah Naga cicah Coklat.

Solat pulak lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil menhampuskan dosa serta merta laksana Fahter di gereja dengan ungkapan, “kosong-kosong.”

Wah wah wah, meriahnya raya..

Lepas tu bersembang mesti cerita pasal harta, politik dan hiburan...

“Kerja kat mana sekarang? Gaji dah cecah 5 ribu ke?”

“anak anak dah berapa orang, masuk U berapa orang?”

“Baju I ni sama butik dengan penari latar Dato Siti Nurhaliza you..”

“Balik kampung berapa hari, jalan jem tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru, siap boleh tengok movie dekat GPS screen..”

“masak apa rumah terbuka tu, I ingat nak tempah Buffet Hotel Seri Malaysia macam penari latar artis RTM buat rumah terbuka tahun lepas, muah muah muah”

“dengar khabar dah naik pangkat, boleh lah dapat duit raya, hik hik hik..”

“wah merahnya bibir I lepas minum air sirap you, rasa macam Justin justin bieber lah pulak, haw haw”

“Teruk betulah kerajaan Malaysia, jalan jem gila, mana pergi duit juta juta rakyat bayar cukai, kenapa tak buat LRT dari KL ke Kelantan?”

“Apa tak patriotik betulah orang politik, dengar khabar PM sambut merdeka di Austrlia, MB penang pulak sambut merdeka di China, ish ish ish”

“Bukaklah TV3 tu, ada cerita hantu kopek, sedap cerita tu, dah dua kali tengok wayang, lapan belas kali tengok dekat ASTRO, dan sembilan kali tengok dekat DVD Player, hari raya pertama ni, kita layanlah pulak dekat TV3 sambil makan ketupat”

“Apa kenapa si Blogger keretamayat ni tak update blog hari raya, blogger politik semua update blog”

“Tahun ni jer aku pakai kereta tu, tahun depan aku nak ambik MPV pulak”

“Baju ni aku tempah pada 15 sya’ban, nasib baik sempat siap, cantik kedai tu jahit”

“berapa lama balik kampung ni, bila nak ajak I pergi jalan jalan dengan kereta baru U”

Dan lain lain lagi... (sebab rasa nam muntah pulak bila qoute banyak-banyak)

Baiklah, Aku malas nak mengumpat sambil puasa enam(ehem-ehem, riaklah tu), tapi itulah hakikatnya korang beraya.., langsung takde ciri islamik, tu belum cerita bab makan sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan.., malas dah nak mengumpat lebih lebih di waktu sedang puasa enam ni, (kena berbuka aku ni nampaknya), apa yang aku nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab ugama, macam ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga.., maklumlah dah sebulan berpuasa, dah sebulan dengar tazkirah, tak kan tak boleh borak bab ugama kot..

Jika korang rajin baca kisah sahabat dan Nabi Muhammad SAW, (macam lah aku ni rajin sangat) korang akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat,
Sebagai contoh, hadith riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:
"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"
Abu Hurairah menjawab: “menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,
Baginda kemudian bersabda, "Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"
Aku menjawab, "Bah kan ya Rasulullah?"
Jawab Baginda, "Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

Tengok, bila sahabat cerita bab pokok di dunia, Nabi alihkan tentang cerita pokok di shurha, itu sunnah..
Baik, itu satu contoh, yang lain korang boleh baca sendiri, seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita pulak kelebihan baca tasbih sebelum tidur.., ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pulak kisah kelebihan baca Al quran.. dan lain-lain.., (rujuk sendiri)
Jadi, korang boleh check balik, bila korang berborak dengan kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?.., adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik , hiburan atau tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)

Check balik, cuba ambik kertas dan pen kalau tak percaya, lepas tu bila berkumpul dengan kawan kawan, cuba catat tajuk isu yang dikongsi, (memang kelakar dan ending yang menyedihkan..oh!)
Mula mula korang akan cerita tentang jalan jem sempena balik kampung di hari raya, kemudian start cerita tentang model kereta, lepas tu melalut cerita tentang sport rim, drift, bla bla bla.. lepas tu, tiba-tiba ada salah sorang kawan cerita tentang hiasan rumah sempena hari raya, korang pun sambung cerita tentang rumah pulak, saiz rumah, pagar rumah, perabot rumah, bayaran instalment, bla bla bla.. lepas tu melalut cerita pulak skim cepat kaya, MLM, bla bla bla.. lepas tu meleret cerita pasal artis, bla bla bla.. lepas tu sangkut cerita pasal movie, bla bla bla.. lepas tu sukan pulak, bla bla bla.. lepas tu cerita banjir di kampong saya, bla bla bla.. lepas tu maksiat orang, bla bla bla.. lepas tu cerita tentang kemalangan ngeri, bla bla bla.. lepas tu cerita hantu? Toyol?.., lepas tu? lepas tu? lepas tu?
Ada nak cerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok di shurga? Cerita tentang api neraka?
Ada?
Dan rujuk balik bab cita-cita islam korang, perjuangan islamic korang, parti islam korang, rujuk balik bab “al quran bergerak” .., Arghh, aku malas nak membebel di waktu puasa enam begini!
Akupun masih banyak yang tak betul.., cakap kat diri aku sendiri ler ni.., dan memang nak kena amal sunnah Nabi yang ni, iaitu tukar topic perbualan korang tentang dunia yang sementara kepada akhirat yang kekal abadi.., tukar cerita korang tentang makhluk kepada Khalid, tukar cerita korang tentang Mal (harta) kepada Amal!..
So, membebel sahaja tak guna, aku kena bagi cadangan dan jalan penyelesaian.. ehem-ehem.

Baik, serius sikit.

Sebenarya masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini terjadi kerana kita banyak modal untuk cerita bab dunia, tapi tak de modal nak cerita bab akhirat.

Yelah, jalan jem, baju raya, model kereta, filem hantu, politik babi, dan macam macam lagi semuanya jika di utarakan akan merancakkan perbualan sehingga habis satu tabung kuih raya..

Apatah lagi bila TV tayang iklan pasal dunia, lagi banyak modal boleh cerita.

Maka, untuk atasi masalah ini, masalah suka berborak bab dunia di hari raya ini, Aku cadangkan kita kena ada modal akan perkara bab bab ugama.., aku bagi beberapa perbualan yang boleh di jadikan modal untuk kita bercerita perkara ugama di pagi raya..

Contoh.

“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, dengar ke tertidur, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka terus masukkkan hadih Nabi atau ilmu ilmu yang korang dah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?

Contoh lain.

“tarawikh kat sini buat lapan ke 20?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, lapan ke tiga puluh dua ke, maka korang dah ada modal untuk cerita bab ugama, maka sekali lagi, terus cerita ilmu yang korang dapat sewaktu tazkirah antara tarawikh 8 rakkaat yang lalu, sembang jangan tak sembang.. biar kawan korang terheret ke dalam kancah perbualan yang bermanfaat, matikan cita cita dunia mereka, ha ha ha!

Contoh lain.

“Ustaz mana yang kau rasa paling memberi kesan dalam tazkirah pada malam tarawikh yang lalu?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, ustaz best ke tak best, lawak bukan tempat sini ke tempat lain, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab ugama, sembang jangan tak sembang... masukkan dalil dan Nas sebagai pelincir tazkirah di pagi raya, biar kawan kau tu rasa diri hina disisi Allah di pagi raya, ha ha ha!

Contoh lain.

“Masa balik kampung hari tu, ada orang mati eksiden tak di jalanan?”

Apa sahaja jawapan kawan korang, orang mati ke atau cedera, maka korang dah ada modal lagi untuk cerita bab mati, persedianan untuk mati, esok boleh mati, mati itu sakit, ha ha ha, biar tawar air sirap, biar lemau kuih raya, janji semua insaf dan bertaubat ha ha ha!

Ok, aku rasa cukuplah beberapa contoh yang aku sebut di atas, sebagai modal untuk bercakap bab ugama supaya kawan korang dan korang tak bercakap benda yang sia sia(hiburan) atau benda yang berrdosa (firnah politik) di pagi hari raya yang mulia..

Lagipun aku rasa belum terlewat untuk kita membuat perubahan, sebab sepanjang syawal akan setiasa ada rumah terbuka, ziarah macam ahli shurga dah elok dah, Cuma tinggal nak cuba sembang bab ugama sahaja, biar ianya menjadi satu budaya berpahala di hari raya. Mudah mudahan..

Sebagi penutup, aku bagi modal last yang paling best sebagai modal bercerita tentang ugama di pagi raya.

Iaitu jumpa kawan di pagi raya, dan tanya mereka..,

“Pernah baca tak blog keretamayat?’

Woha!

Sekian, selamat beramal!

Ps1: Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab ugama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ketanah!

No comments: