Saturday, February 5, 2011
Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam,
Marhaban,marhaban ya marhaban sani asra Rabiulawal,marhaban ahlan wasahlan.
YA Rasulullah, wahai kekasih ALLAH, Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam
Dengarlah Rintihan hatiku.
sahabat bukan,tabi'in bukan.
Aku hanya insan yang bernama di tengah jutaan umatmu. Zamanku amat jauh ke depan dari zamanmu. Jaraknya lebih seribu empat ratus tahun. Zaman inilah yang engkau ebut-sebut sebagai "akhir zaman" dengan pelbagai petanda yang engkau telah gambarkan. MasyaAllah.
Duhai kekasih Allah, Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam
aku hanya sepusar buih dari lautan umatmu di akhir zaman. Kalau engkau sebutir mutiara bergemerlapan, aku hanya sebutir pasir di celah selut hitam. Namun, betapa aku ingin dekati mutiara,nun di kejauhan. Betapa aku ingin terbang untuk hampiri cahaya gemilang itu. Betapa aku ingin membersihkan diriku dan keluar dari selut hitam untuk berkumpul dengan butiran-butiran putih jernih yang mengelilingi mutiara gemilang.
Sepatutnya aku bangga menjadi umatmu. Seharusnya aku berdiri megah sebagai umat akhir zaman. Patutnya aku syukuri sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan ini. Nikmat apakah lagi yang lebih besar dari nikmat Iman dan Islam lantaran terpilih sebagai umat seorang Rasul Kekasih Allah.
Wahai Rasul Allah, Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallamhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam
Jauh di sudut hati, aku berasa malu, Kuhadapkan wajahku ke cermin diri, lalu kulihat wajah-wajah hitam dan kusam. Wajah yang hanya membayangkan raut gelap dari pancaran cermin hati yang penuh dengan titik titik noda dan palitan dosa. Beginikah wajah umat Rasul pilihan?
Akukah mereka yang engkau rintihkan "Umatku! Umatku!" menjelang sakaratmu?
Akukah itu yang engkau bimbangkan tahap imannya dalam sabdamu mengenai mereka yang "paginya beriman,petangnya kufur?" Akukah itu yang engkau sebut-sebut dari kalangan umatmu yang hatinya disaluti sifat nifak? Akukah itu yang Allah firmankan sebagai golongan kemudian yang sedikit sahaja kalangannya yang bakal menghuni syurga idaman, manakala kebanyakkannya calon warga neraka yang menggerunkan.
Ya Rasulullah
Berpeluangkah aku bertemu denganmu? Layakkah aku berada di majlismu? Dapatkah aku menatap wajah gemilangmu? Menyentuh tangan muliamu? Menghidu harum bau tubuhmu? Paling tidak, menerima pandangan kasihmu? Mungkinkah wajahmu dapat kutatap dalam mimpi indahku? Mungkinkah cahaya gemilang mutiara itu hanya dapat kudekati dalam tidurku?
engkau terlalu dekat,tapi juga terlalu jauh. Engkau terlalu hampir,tetapi juga tidak dapat kuhampiri.
andaikata ada di kalangan umatmu yang terpaksa engkau hulurkan tangan muliamu untuk kau selamatkan dari api neraka, kuharap akulah orang itu. Ya Rasulullah, akulah itu yang tidak tahu malu mengaku umatmu sedang jalan hidupmu tidak benar-benar aku ikuti. Sirahmu tidak benar-benar kuhayati. Peribadi muliamu tidak benar-benar kusalin sebagai pakaian peribadiku.
Ya Muhammad salla Allahu ‘alayhi wa sallam.
..nantilahlah aku. Aku sering jatuh dalam perjalanan menyusuri langkahmu,namun aku tetap bangun kembali...nantilah aku kerana aku nampak ke mana derap langkahmu. Dalam gelap aku tetap suluhi jejak kakimu. Tunggulah aku,kerana aku ingin bersamamu. Tunggulah aku,kerana aku ingin mendampingimu. Tunggu dan nantilah aku,ya Rasulullah, kerana aku ini..umatmu! Ya Allah Ya Tuhanku.....aku merinduiMu dan kekasihMu...
"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment