Thursday, April 15, 2010

Alin sayang sangat Mak dan Abah

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Israa’ 17: 24)

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa emak dan abahku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

hmm. entah kenapa, tiba-tiba hati terlalu tersentuh dengan doa tersebut.
Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama.

Allah SWT memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang emak dan abah kepada anaknya.

Apa yang pasti, hanya emak abah sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar emak dan abah..yang mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia.
Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

ALLAH SWT. RASULULLAH SAW. EMAK DAN ABAH.

1 comment:

Alhamdulillah said...

Kalau dah jadi mak then you akan tau what is like being one. Menangis tak usah nak cakap lah.