(Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta.)
Teringat hadith yang menceritakan akan kehebatan rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi, belah di tengah ( bukan pacak di tengah ya..)dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang api tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya.
Lepas tu lagi, janggut Nabi lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih.
Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya.
Baik,itu rupa paras Nabi juga merangkap seorang Rasul akhir zaman.
Yang jelas menggambarkan pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta.
lagi..apabila Nabi menoleh, Baginda akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah SAW lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.
Apabila Nabi berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang.
Menurut riwayat lagi, Rasulullah SAW itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka melepak.
Rasullullah SAW adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak tiga kali.
Rasulullah SAW tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat, diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,
Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah,
dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya.Kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin.
Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi.
Dan untuk jelaskan lagi akan cerita sebenar tentang Nabi akhir zaman, dan tanda tanda kehebatan dari langit supaya jika ada antara kita yang sanggup mengaku menjadi Nabi atau Rasul di akhir zaman ini, cuba siasat perjalanan hidup mereka.
...dan buat perbandingan pada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta. InsyAllah.
Menurut riwayat, ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah SWT sudah melantik Nabi Muhammad S.A.W menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi.
Kemudian, ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, inilah yang dimaksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.
Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Nabi telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian Nabi duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit, hebat bukan..?
Lepas tu, Nabi lahir tak perlu bersunat sebab sudah dikhitankan, maka terpelihara aurat Nabi pada mana mana tok mudim.
Dan Nabi lahir juga tanpa perlu potong tali pusat sebab dan siap potong.
Satu lagi kehebatan dari langit kepada Nabi adalah didatangi Malaikat untuk membuat pembedahan pada hati Nabi Muhammad SAW.
SubhanAllah.
Panjang nak cerita akan ‘kehebatan tersendiri’ yang ada pada setiap Rasul yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maka berikut adalah secara ringkas, akan kehebatan yang telah Allah SWT kurniakan kepada Rasul kekasihnya.
Antaranya:-
Waktu kecil, ketika berjalan, awan akan mengikut Nabi,jika kawasan yang tak ada awan, maka pokok akan berjalan ke arah Nabi dan meneduhkannya.
Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat.
Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang,
Ada juga riwayat mengatakan, ludah nabi boleh membuatkan air laut menjadi tawar.
Lepas tu, apabila Nabi bercakap, orang duduk jauhpun dapat dengar.
Menurut Abu Syaibah dan Al Khatabie, Nabi tak pernah menguap dalam hidup.
Menurut Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam, tahu apa itu ihtilam? yeap.. ada kena mengena dengan tilam jugak, iaitu mimpi seks, Nabi tak pernah mimpi sedemikan rupa.
Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau.
Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah SWT tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.
Menurut perawi Muslim pula, nama Nabi Muhammad SAW datang dari nama Allah, Hamada (puji), yang mana sebelum itu tak de sorangpun yang terilham nak bagi nama anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah SWT yang simpan dalam sejarah ilham manusia.
Nabi menghafal al Quran (Al qamar-17).
Nabi dakwah seluruh alam, (surah Al Anbiya) dan Nabi membenci unsur perkauman, maka tiada lagi nabi untuk satu kaum...(contoh Nabi Melayu..?)
Al Ahzab, 40: Tiada lagi Nabi selapas Nabi Muhammad.
Riwayat Abdullah bin umar menceritakan bahawa Malaikat Israfeil telah turun bertemu Nabi,kata Nabi: “tidak pernah ia turun kepada nabi sebelumku atau sesiapa selepas peninggalanku, Israfeil berkata:- Allah suruh pilih, jadi raja atau jadi hamba?, aku pilih jadi hamba, jika tidak maka gunung akan berubah jadi emas. (faham maksud tersirat?)
Riwayat Abu Daud- mayat Nabi tak reput.
Riwayat Nasai, Nabi tidak mewariskan harta.
Nabi jugak boleh berdialog dalam bahasa Arab dengan biawak, serigala, pokok, batu dan lain lain.
Lepas tu, dalam bab berdebat, Nabi tak menjawab..bila Nabi kena tuduh bukan bukan, Nabi diam sahaja, lalu, Allah SWT yang jawab dan berfirman melalui Al Quran.
Rujuk,Yassin ayat 69:- kami tidak mengajarkan syair kepadanya.
Al Haaqah 42:- Apa yang dikatakan bukan ucapan tukang telek.
Okay.., cukuplah sampai sini, banyak lagi nak cerita sebagai nota kepada diri seperti kisah Nabi belah bulan, atau Nabi berdakwah pada jin, dan lain-lain, tapi sebab perasan sibuk maka cukup sampai di sini.
Alhamdulillah. JazakAllahuKhair.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment