Thursday, February 25, 2010
Rasulullah SAW yang dirindui dan dicintai
Rasulullah SAW itu adalah orang yang sangat dicintai oleh para sahabatnya.
Pernah suatu malam Rasulullah SAW mendengar suara beberapa orang di luar kamarnya, Rasulullah SAW menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu mereka menjawab: “Ya Rasulullah SAW, kami tidak boleh tidur khuatir ketika kami tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi penjaga Rasulullah SAW, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah SAW berkata, “Tidak, Sesungguhnya Allah SWT melindungi aku, pulanglah kamu ke tempat kamu masing-masing.”
Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah SAW, dia tunggu sehingga Rasulullah SAW keluar. Setelah Rasulullah SAW keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu memandang Rasulullah SAW saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia ketemu Rasululllah SAW dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi dari pasar dan dia datang kepada Rasulullah SAW dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau ya Rasulullah, kerana saya takut tidak dapat melihat engkau setelah ini.” Dan Rasulullah SAW mengizinkannya.
Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah SAW tidak pernah melihat lagi pedagang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat, ternyata pedagang itu sudah meninggal dunia tidak lama setelah memandang wajah Rasulullah SAW. Lalu kata Rasulullah SAW: “Kecintaannya kepadaku akan menyelamatkan dia di hari akhirat.”
Ada lagi seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari. Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, baginda beristirahat dahulu di pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua tingkat, Abu Ayyub Al-Anshari dan isterinya di tingkat atas dan Rasulullah SAW di tingkat bawah. Pada waktu malam hari, Abu Ayub Al-Anshari dan isterinya tidak boleh tidur kerana mereka khuatir untuk menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya untuk tidak bergerak kerana mereka bimbang nanti debu-debu dari tingkat atas akan berjatuhan menimpa Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW mengetahui hal itu, baginda sangat terharu lalu kepada Abu AyubAl-Anshari diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan baginda atas cinta yang tulus dari Abu AyubAl-Anshari. MasyaAllah.
Dalam perang Uhud, ketika kaki baginda Rasulullah SAW terluka, ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah SAW. Dipegangnya kaki baginda itu lalu dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah SAW terkejut lalu berkata, “Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan melepaskannya sampai luka ini kering!”
Ada lagi seorang sahabat, Saat perang Uhud itu juga, Rasulullah SAW cedera kerana rantai pelindung kepala menusuk pipi baginda. Lalu seorang sahabat menarik rantai itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu keluar, seluruh giginya rongak. Namun dia bangga bahawa giginya itu berguguraan kerana membela Rasulullah SAW yang dicintainya. Sehingga menjadi satu kebahagiaan tersendiri.
Ada satu contoh lagi kecintaan sahabat kepada baginda Rasulullah SAW. Menjelang suatu peperangan, Rasulullah SAW sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah SAW sering merapikan barisan pasukannya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar dan perut sahabat melebihi barisan. Kemudian Rasulullah SAW melewati dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah SAW dan berkata: “Engkau diutus untuk menjadi Rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu Rasulullah SAW turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai qishas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata: “Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah SAW segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah SAW dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Ada apa dengan wahai sahabat?” Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Aku ingin sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”
Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah mencium perut Rasulullah SAW. Rupanya ini hanya strategi dia agar bisa mencium perut Rasulullah SAW.
Kemudian setelah wafatnya baginda Rasulullah SAW, kecintaan para sahabat itu diungkapkan dengan kerinduan yang luarbiasa kepada Rasulullah SAW.
Bilal yang selalu adzan semasa hidup Rasulullah tidak mau beradzan lagi setelah wafat Rasulullah SAW kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan “Asyhadu anna Muhammad Rasulullah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi atas desakan Sayyidah Fatimah r.a yang saat itu rindu mendengar suara adzan Bilal, dan mengingatkan beliau akan ayahandanya. Bilal akhirnya dengan berathati beradzan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada Sayyidah Fatimah r.a untuk tidak lagi membaca adzan kerana tidak sanggup menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat adzan itu, seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan rindu pda Rasulullah SAW.
Mengapa Rasulullah SAW dirindukan atau dicintai? Ini bukan hanya kerana izin Allah SWT membuka hati mereka untuk rindu, tetapi kerana akhlak Rasulullah SAW yang menarik kecintaan mereka. Dan akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak baginda ini, pasti kitapun akan dicintai oleh ramai manusia,tentu tidak semua manusia, kerana Rasulullah SAW juga tidak dicintai oleh semua manusia, tidak dicintai oleh semua sahabat dan tidak dicintai oleh semua makhluk. Namun sekiranya kita mempraktikkan akhlak Rasulullah SAW itu dalam pergaulan, pasti kitapun akan menjadi manusia, yang dicintai oleh kebanyakan umat manusia..Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment