Saturday, January 2, 2010

Holy Kaaba to be washed today 16 Muharram 1431H



Qiblah Direction.

As a matter of fact, Muslims were ordered in the beginning to pray towards Jerusalem. They obeyed and continued to do so for about 16 months until Allah allowed them to pray in the direction of the Kaabah which they liked most. When Muslims turn to the Kaabah, they do not worship it, they rather do so in obedience to Allah Almighty. In other words, the Kaabah is a symbol of unity for the world Muslims in prayers

Translation
On behalf of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah, Governor of Makkah Prince Khaled Al-Faisal will wash the Kaaba today (Muharram 16). A number of Muslim scholars, government officials, dignitaries and diplomats will attend the event, which takes place twice a year on the 15th of Shabaan and in mid-Muharram.The marble floor and the walls will be washed with Zamzam water mixed with rose perfume. After the cleaning, the floor and the walls will be dried again with white cloth and tissues. The walls are then perfumed using large quantities of oud and rose perfume. The Kaaba will then be incensed.


Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal melakukan pembersihan Kaabah selaku Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah hari ini 16 Muharram.
Sejumlah ahli akademik Islam, pegawai kerajaan, pembesar negara dan diplomat akan menghadiri upacara itu, yang dilakukan dua kali setahun pada 15 Syaaban dan pertengahan Muharram.
Rumah Allah itu diberi Kiswah atau kelambu baru pada 9 Zulhijjah apabila jemaah haji meneruskan perjalanan ke Arafah ketika kemuncak musim haji.
Sebelum memasuki Kaabah untuk membersihannya, Putera Khaled akan melakukan tawaf tujuh kali dan mencium Hajarul Aswad. Beliau kemudian menerima kunci membuka Pintu Kaabah yang diberi dalam sebuah beg dibuat daripada baldu hijau daripada penjaganya, Bani Shayba.
Ketika memasuki rumah Allah itu, putera berkenaan akan bersolat sunat dua rakaat pada lantai marmar, tempat dipercayai Nabi Muhammad SAW bersolat.
Upacara membersihkannya hanya dilakukan selepas tetamu keluar. Lantai marmar dan dinding akan dibersihkan dengan air Zamzam dicampur air mawar. Selepas dibersihkan lantai dan dinding akan dikeringkan sekali lagi dengan kain putih dan tisu. Dinding kemudian diwangikan menggunakan kuantiti air mawar dan kayu kayan dalam jumlah yang banyak.


Kaabah mempunyai ketinggian 14 meter di bahagian timur, 12.11 meter dari bahagian barat dan selatan dan 11.28 meter dari bahagian utara. Lantai dalamnya dihiasi marmar berwarna. Silingnya disokong oleh tiga tiang kayu setiap satunya dengan diameter 44 sentimeter. Struktur itu memiliki dua siling. Dindingnya ditutup dengan langsir daripada baldu hijau dan digantikan setiap tiga tahun. Bahagian atas bumbung mempunyai lubang udara sepanjang 127 sentimeter dan lebar 104 sentimeter bagi membolehkan cahaya memasukinya.Lubang udara ditutup dengan kaca kukuh dan dibuka ketika pembersihan. Lubang udara itu boleh dimasuki melalui tangga kaca dengan 50 anak tangga. - Agensi Pintu Kaabah dibuat daripada kayu dan dilitupi dengan 280 kilogram emas asli. Ia setinggi 310 sentimeter dan 190 sentimeter lebar. Panjang kunci Kaabah ialah 40 sentimeter. Pintu itu didirikan 225 sentimeter di atas paras tanah


No comments: